Whoaa tinggal 9 hari lagi kita nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan , mesti seronok kan kawan kawan ? bulan puasa yang penuh keberkatan , pahala dan ampunan dari Allah s.w.t . Keistimewaan Bulan Ramadhan :
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amalan itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Hapuskan Dendam , Bersihkan Hati dan Luruskan Niat
- ikhlas dari saya : Fatien Maziera Shafyka:)